Grabfood ialah servis yang disediakan oleh Grab untuk menghantar makanan seperti foodpanda. Artikel ini kami akan kongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab food motor ), garb food rider gaji ( Grab food rider salary Malaysia ), kerja grab food, syarat kelayakan daftar grabfood rider Malaysia, dokumen daftar grab food rider dan sedikit tip untuk rider grab food berdasarkan pengalaman kami sebagai rider grab food dan food panda.
Jika anda hendak daftar grab food driver ( guna kereta ), anda boleh baca artikel cara daftar grab driver yang kami telah kongsikan. Berbalik kepada daftar grabfood motor ini, pendaftaran grab food rider boleh di buat online. Kami akan kongsikan cara daftar grabfood motor ni di bawah.
Kelayakkan / Syarat Grabfood Rider
Sebelum itu kita semak dulu syarat untuk daftar grab food rider ni. Syarat register grabfood ni mudah sahaja sebenarnya. Anda kena pastikan syarat-syarat grabfood ini anda patuhi sebelum anda boleh membuat pendaftaran grabfood ini.
Apakah syarat daftar grabfood rider motor ini?
1. Ada telefon pintar ios/android
Untuk menjadi rider grab food ini, setelah mendaftar grab food rider, akan kena download aplikasi grab food ini ke dalam telefon anda. Sepanjang bekerja sebagai grab food rider, anda akan menggunakan aplikasi grabfood ini dan anda di nasihatkan menggunakan plan data yanag sesuai. Guna prepaid pun boleh tetapi lebih berkesan jika anda pakai line telco yang kuat signalnya di kawasan anda kerana signal yang kuat akan mudah tarik job selain dari jarak yang dekat.
2. Umur 18 tahun ke atas
Anda kena bagi gambar lesen memandu semasa mendaftar, jadi anda tidak boleh tipu mengenai umur anda. Jika anda berumur 50 ke atas, anda di mestikan membuat pemeriksaan keselamatan. Grab akan memberi caranya kepada anda. Anda print borang di bawah dan pergi jumpa doctor di mana-mana klinik.
[+] Borang kesihatan umur 50 ke atas ( untuk umur 50 tahun ke atasa SAHAJA )
3. Warganegara Malaysia sahaja
Jika anda pemastautin tetap, permohonan anda sebagai grab food rider tidak akan di terima. Pastikan anda mempunyai ic warna biru sahaja ( tentera pun boleh )
4. Ada motosikal – insuran jenis ALL RIDER dan roadtax hidup
Ada motosikal tidak kisah apa jenis motosikal pun. Pastikan insuran motor jenis ALL RIDER. Jika tiada hubungi ejen insuran untuk tambah ALL RIDER.
Kebaikkan Grabfood Rider
Apakah kebaikkan menjadi grabfood rider ni untuk hantar makanan? Ada beberapa kebaikkan rider grab food ni:
1. Bebas bekerja ikut masa sendiri
Anda tentukan bila anda hendak bekerja. Jika anda masa, anda on kan aplikasi grabfood yang telah anda daftar, dan sedia menerima kerja yang hantar makanan. Jika anda ada kerja lain ( sibuk atau ada hal lain ), anda off kan sahaja aplikasi grabfood tersebut. Tiada penalty dikenakan kepada anda. Andalah boss.
2. Bayaran setiap hari
Bayaran dari grabfood adalah setiap hari. Anda kerja anda dapat. Anda boleh cashkan bayaran ke akaun bank anda untuk kegunaan seharian
3. Gaji grabfood anda yang tentukan
Gaji rider grabfood ini rider yang tentukan kerana gaji adalah berdasarkan penghantar makana yang telah anda lakukan. Lagi banyak anda membuat penghantaran, lagi banyak gaji yang anda boleh dapat.
4. Faedah esklusif - Caruman SOCSO (PERKESO)
5. Faedah esklusif - Voucher beli belah online
6. Faedah esklusif - Rebet petrol percuma ( Shell dan Petronas )
Dokumen Daftar Grab Food Rider
Senarai dokumen yang diperlukan untuk daftara sebagai grab food rider Malaysia :
1.Kad pengenalan (biru/tentera sahaja)
2.Lesen memandu ( P ke atas sahaja, L tidak layak )
3. Cukai jalan (roadtax)
4. Geran motor
5. Insuran motor
Cara Daftar Grab Food Rider
Sekarang kami akan kongsikan cara daftar grabfood rider di Malaysia
1. Sila berikan nama, email anda ke 0192055657 ( untuk semakan ) dengan klik link di bawah
[+] Whatsapp ke Admin (berikan nama, email dan no phone untuk semakan grabfood)
2. Daftar Grab Food melalui link rasmi di bawah:
[+] Daftar Grab Food (link rasmi untuk daftar GrabFood - tiada link lain selain dari link)
3. Pilih City (lokasi) anda ( jika KL dan Selangor, pilih Klang Valley )
4. PIlih Service Type (jenis perkhidmatan) ialah BIKE
Referral code (Kod rujukan) tulis 60192055657
5. Isikan dan hantar dokumen lengkap ( senarai dokumen ada di atas ). Anda perlu tunggu sekejap di mana Grabfood akan SMS anda proses seterusnya. Pastikan dokumen anda lengkap.
6. Grab akan SMS anda untuk beri link latihan. Klik link yang diberikan di SMS anda dan lengkap Latihan Dalam Talian GrabFood. Selepas siap latihan online, anda kena tunggu paling lama 2 minggu untuk proses seterusnya.
7. Grab HQ akan sms/email anda meminta anda membuat pengesahan dokumen.
8. Anda diminta mengambil beg makanan hijau Grabfood di Grab Driver Center, Jaya One, PJ. ( atau grabfood akan pos kepada anda )
Tahniah, anda sudah boleh menjadi garab food rider dan mula mendapat pendpatan.
Permohonan Grab Food Rider Pending?
Ada juga rider yang daftar grab food rider di mana mereka tidak menerima apa-apa sms dari Grab hq. Ini adalah kerana beberapa sebab:
1. Tidak siapkan training online
Selepas isi info dan upload dokumen di link yang di berikan di atas, secara automatik Grab food akan sms link untuk berikan training grab food online. Secara auto ye sms di dihantar. Sila semak sms. Wajib siapkan training grabfood ini dengan menonton video dan buat kuiz grabfood. Tak boleh skip atau lajukan video training. Kalau tak di kira belum siap training grabfood. Jadi, jika training grab food rider belum siap, grabfood hq tidak akan hantar sms seterusnya sehingga training siap.
2. Lokasi anda ramai rider
Jika lokasi anda sudah ramai rider grab food, permohonan grabfood rider anda di simpan dan KIV. Maknanya permohonan anda akan di teruskan setelah rider grab food tidak mencukupi. Ini berlaku terutamanya di bandar-bandar kecil. Di KL dan Selangor, tiada masalah ini.
3. Ada kes polis
Permohonan anda akan di tolak. Tiada rayuan di benarkan.
Itu antara sebab-sebab mengapa permohonan daftar grab food rider pending.
Gaji Grab Food Rider
Berapakah gaji grab food rider? (Grab food rider salary Malaysia )
Gaji adalah bergantung kepada bilangan penghantaran makanan yang telah dibuat. Setiap job berharga antara rm7-rm15 bergantung kepada beberapa perkara :
1. Waktu pesanan di buat – waktu peak hours tentulah lebih mahal
2. Jarak antara restoran/kedai dengan pelanggan – lagi jauh jarak, lagi banyak gajinya
3. Ada insentif mingguan
Contoh pengiraan
Sehari 20 job katakana satu job purata berharga rm7.
Jadi, rm20x7 = rm140 sehari!
Seminggu, rm140x7 = rm980
Sebulan, rm980x4 = rm3920 (gaji kasar, belum tolak kos minyak dan makan)
Jadi, itulah puratanya gaji rider food panda. Tak senang nak senang ya.
Info Penting Daftar GrabFood Rider
Cabaran Grab Food Rider
Selain mendapat gaji, grabfood rider juga ada beberapa cabaran.
1. Cuaca – panas dan hujan tu biasa tetapi anda boleh on atau off aplikasi grab food mengikuti kehendak anda. Anda harus ingat, gaji grab food anda adalah bergantung kepada bilangan kerja yang anda lakukan. Anda yang menentukan. Biasa time hujan harga lebih mahal sebab ramai rider yang akan off app grabfood.
2. Kena sidai – apa maksudnya? Maksudnya, restoran ambil masa lama untuk siapkan pesanan. Jadi anda kena sidai di restoran ( tunggu ) untuk mengambil makanan kepada pelanggan. Rugi masa di situ. Setelah anda biasa, anda boleh tahu restoran mana yang ambil masa lama untuk siapkan makanan.
3. Kulit hitam – sebab cuaca panas semasa naik motor setiap hari. Jadi anda kena sediakan baju yang sesuai. Kami cadangkan anda pakai baju grabfood lengan panjang dan sarung tangan yang sesuai. Kasut menjadi kemestian. Pakai seluar trek untuk keselesaan anda. Sediakan juga baju hujan.
ORDER BAJU GRAB FOOD RIDER ( KLIK SINI) - tutup buat sementara
4. Maintenance motor – kena jaga sebab hari-hari bawa buat kerja kan. Maintenance akan lebih tinggi dari sebelum jadi grab food rider. Ini normal.
Perbezaan Grab Food Dan Food Panda
Apakah beza grabfood dan foodpanda ya?
1. Waktu kerja – rider foodpanda ada syif, grab food rider pula adalah bebas tanpa syif ( boleh pilih untuk on atau off aplikasi grabfood bila-bila sahaja)
2. Waktu gaji – foodpanda rider mingguan tetapi grabfood adalah harian. Semua gaji akan di bank in kan untuk anda setelah anda meminta melalui aplikasi masing-masing.
Kumpulan Support Grab Food Rider
Anda di jemput untuk menyertai kami di goup sokongan grab food rider di facebook dan whatsapp melalui link di bawah:
1. Group Facebook
Grab Food Rider Community Malaysia ( Join )
Grab Food Rider Klang Valley ( Join )
Group di fb untuk rider Grab Food. Banyak info dan pengalaman berguna yang di kongsikan oleh rider. Hal-hal ini sangat penting untuk memudahkan rider grabfood mendapatkan info.
2. Group whatsapp
Group whatsapp Grab Food 1 ( Join )
Group whatsapp Grab Food 2 ( Join )
Group whatsapp ni sangat penting sebab info yang di berikan sangat pantas contoh salinan surat kebenaran untuk bekerja.
3. Page Facebook
Daftar Food Rider ( Like )
Daftar GF Food Rider ( Like )
Ini sangat penting kerana info terkini akan di update oleh admin dengan segera. Sila like page grab food rider ini.
Banyak info pantas yang anda boleh dapat, selain itu anda juga boleh berkongsi info dengan rider lain, tukar-tukar pengalaman, tip dan panduan sebagai rider GrabFood.
Akhir kata dari kami…
Banyak cabarannya untuk bekerja sebagai grabfood rider ni, Nampak macam senang sahaja kan. Tapi semua kerja pun ada cabaran masing-masing untuk mendapatkan gaji termasuk jugalah grabfood rider ni.
Kami telah kongsikan cara untuk daftar grabfood rider. Anda tentukan sendiri untuk masa depan anda dan keluarga. Nak buat part time ke full time ke, semua boleh. Anda pelajar atau penganggur, sangat sesuai untuk buat kerja sebagai grabfood rider ni.
Kami mendoakan kejayaan anda di dalam pekerjaan sebagai grabfood rider. Selamat maju jaya. Jumpa kami di group facebook!
Kalau motor bukan jenis bukan all rider...tpi persendirian Punya...boleh pakai ke?
BalasPadamBoleh. kalau tuan adalah owner, insuran bukan ALL RIDER pun boleh.
PadamHal ini adalah supaya jika kemalangan, insuran tu boleh cover rider - itu matlamatnya.
Ada cara tak untuk kita tahu status permohonan sbb saya dh dftr grabfood rider dan susah selesaikan semua task .. dalam 3 bln lpas laa.. terima kasih
BalasPadamhq akan sms
PadamSaya sudah jawab exam tetapi tk dpt sms atau email dari pihak grab untuk isi borang online.sudah nak masuk 2 minggu mcm mane ye
BalasPadam