Semakin ramai yang daftar sebagai grab food rider tetapi grab perlukan lebih ramai lagi rider grabfood sebab job semakin banyak sempena PKP ni. Jadi, siapa yang berminat boleh daftar grab food rider sekarang untuk pengaktifan segera. Proses daftar grab rider ni boleh buat online di link yang kami bagi di atas.
Kenapa perlu jadi grab food rider? Mudah sahaja, tak perlu
pening-pening untuk interview kerja bagai. Cukup dokumen daftar grab food
rider, sudah boleh kerja sebagai rider grab food. Yuran yang di kenakan rm50
sebagai deposit untuk beg makanan grab food. Jadi, gunakan peluang ini untuk
daftar grab food rider di tempat anda.
Beg makanan GrabFood rider
Beg penghantaran GrabFood adalah peralatan wajib untuk
setiap rakan-penghantar. Polisi ini adalah untuk rakan-penghantar lebih
memahami bagaimana proses pengambilan beg penghantaran GrabFood akan berfungsi
serta supaya rakan-penghantar menjaga beg penghantaran sendiri dengan lebih
baik. Polisi ini berkuatkuasa 9 Mac 2020.
Beg penghantaran akan dicaj sebanyak RM150 sahaja:
1. RM50 melalui Dompet Kredit semasa pengaktifan akaun
GrabFood; (Sila dapatkan tambah nilai Dompet Kredit secara kod PIN 16-digit
menerusi epay atau 7-Eleven.)
2. Dan deposit jaminan RM100 yang akan diambil secara ansuran dalam jumlah RM50 selama 2 minggu melalui Dompet Tunai.
[+] Borang dapatkan beg makanan Grab Food
Jumlah ini akan berfungsi sebagai deposit untuk beg penghantaran sepanjang masa rakan-penghantar membuat penghantaran dengan GrabFood.
Terma dan Syarat beg grab food
1. Jika beg penghantaran rakan hilang ATAU dicuri:
Rakan-penghantar wajib menyerahkan laporan polis sebagai
bukti untuk mendapat beg baru
Rakan-penghantar akan dikenakan caj RM250 melalui Dompet
Tunai
2. Jika rakan ingin mendapat beg penghantaran yang baru:
- Jika lebih daripada 9 bulan – pulangkan beg penghantaran
lama dan dapatkan beg penghantaran baru tanpa caj
- Jika kurang daripada 9 bulan – pulangkan beg penghantaran
lama dan dapatkan beg penghantaran baru dengan caj RM150 sahaja
[+] Borang beg makanan Grab Food
3. Jika rakan digantung secara kekal ATAU ingin berhenti
menghantar dengan GrabFood, beg penghantaran perlu dipulangkan kepada GrabFood
untuk menerima semula deposit jaminan:
RM100 untuk rakan-penghantar yang diaktifkan mulai 9 Mac
2020
Penukaran beg penghantaran GrabFood adalah tertakluk kepada
ketersediaan stok.
Rakan-penghantar perlu mendaftar sebelum mengambil beg
penghantaran baru di sini.
Beg penghantaran Non-Halal dan Halal (beg tote) akan dicaj
RM50 sekiranya beg hilang atau dicuri.
0 komen:
Catat Ulasan