Grabfood ialah servis yang disediakan oleh Grab untuk menghantar makanan seperti foodpanda. Artikel ini kami akan kongsikan cara daftar grab food rider guna motosikal oleh grab food Malaysia ( grab food motor ), garb food rifer gaji ( Grab food rider salary Malaysia ), kerja grab food, syarat kelayakan daftar grabfood rider Malaysia, dokumen daftar grab food rider dan sedikit tip untuk rider grab food berdasarkan pengalaman kami sebagai rider grab food dan food panda.
Jika anda hendak daftar grab food driver ( guna kereta ),
anda boleh baca artikel cara daftar grab driver
yang kami telah kongsikan. Berbalik kepada daftar grabfood motor ini,
pendaftaran grab food rider boleh di buat online. Kami akan kongsikan cara
daftar grabfood motor ni di bawah.
Kelayakkan / Syarat Grabfood Rider
Sebelum itu kita semak dulu syarat untuk daftar grab food
rider ni. Syarat register grabfood ni mudah sahaja sebenarnya. Anda kena
pastikan syarat-syarat grabfood ini anda patuhi sebelum anda boleh membuat
pendaftaran grabfood ini.
Apakah syarat daftar grabfood rider motor ini?
1.Ada telefon pintar ios/android
Untuk menjadi rider grab food ini, setelah mendaftar grab
food rider, akan kena download aplikasi grab food ini ke dalam telefon anda.
Sepanjang bekerja sebagai grab food rider, anda akan menggunakan aplikasi
grabfood ini dan anda di nasihatkan menggunakan plan data yanag sesuai. Guna
prepaid pun boleh tetapi lebih berkesan jika anda pakai line telco yang kuat
signalnya di kawasan anda kerana signal yang kuat akan mudah tarik job selain
dari jarak yang dekat.
2.Umur 18 tahun ke atas
Anda kena bagi gambar lesen memandu semasa mendaftar, jadi
anda tidak boleh tipu mengenai umur anda. Jika anda berumur 50 ke atas, anda di
mestikan membuat pemeriksaan keselamatan. Grab akan memberi caranya kepada
anda. Anda print borang di bawah dan pergi jumpa doctor di mana-mana klinik.
https://drive.google.com/file/d/1dNSCKTlYcQqRCG_DwGYNAwE09P78RDGy/view
( untuk umur 50 tahun ke atasa SAHAJA )
3.Warganegara Malaysia sahaja
Jika anda pemastautin tetap, permohonan anda sebagai grab
food rider tidak akan di terima. Pastikan anda mempunyai ic warna biru sahaja (
tentera pun boleh )
4. Ada motosikal – insuran jenis ALL RIDER dan roadtax hidup
Ada motosikal tidak kisah apa jenis motosikal pun. Pastikan
insuran motor jenis ALL RIDER. Jika tiada hubungi ejen insuran untuk tambah ALL
RIDER.
Kebaikkan Grabfood Rider
Apakah kebaikkan menjadi grabfood rider ni untuk hantar
makanan? Ada beberapa kebaikkan rider grab food ni:
1.Bebas bekerja ikut masa sendiri
Anda tentukan bila anda hendak bekerja. Jika anda masa, anda
on kan aplikasi grabfood yang telah anda daftar, dan sedia menerima kerja yang hantar makanan. Jika anda ada
kerja lain ( sibuk atau ada hal lain ),
anda off kan sahaja aplikasi grabfood tersebut. Tiada penalty dikenakan kepada
anda. Andalah boss.
2.Bayaran setiap hari
Bayaran dari grabfood adalah setiap hari. Anda kerja anda dapat.
Anda boleh cashkan bayaran ke akaun bank anda untuk kegunaan seharian
3.Gaji grabfood anda yang tentukan
Gaji rider grabfood ini rider yang tentukan kerana gaji
adalah berdasarkan penghantar makana yang telah anda lakukan. Lagi banyak anda
membuat penghantaran, lagi banyak gaji yang anda boleh dapat.
4. Faedah esklusif - Caruman SOCSO (PERKESO)
5. Faedah esklusif - Voucher
beli belah online
6. Faedah esklusif - Rebet
petrol percuma ( Shell dan Petronas )
Dokumen Daftar Grab Food Rider
Senarai dokumen yang diperlukan untuk daftara sebagai grab
food rider Malaysia :
1.Kad pengenalan (biru/tentera sahaja)
2.Lesen memandu ( P ke atas sahaja, L tidak layak )
3. Cukai jalan (roadtax)
4. Geran motor
5. Insuran motor
Cara Daftar Grab Food Rider
Sekarang kami akan kongsikan cara daftar grabfood rider di
Malaysia :
1.
Sila berikan nama dan email anda ke 0192055657
dengan klik link di bawah
Wasap.my/60192055657/grabfood
2.
Daftar Grab Food melalui link rasmi di bawah:
Daftar Grab Food
PIlih City (lokasi) anda.
PIlih Service Type (jenis perkhidmatan)
ialah BIKE
Referral code (Kod rujukan) tulis
60192055657
3.
Isikan dan hantar dokumen lengkap ( senarai
dokumen ada di atas ). Anda perlu tunggu sekejap di mana Grabfood akan SMS anda
proses seterusnya. Pastikan dokumen anda lengkap.
4.
Grab akan SMS anda untuk beri link latihan. Klik
link yang diberikan di SMS anda dan lengkap Latihan Dalam Talian GrabFood.
5.
Grab HQ akan meminta anda membuat pengesahan
dokumen
6.
Anda diminta mengambil beg makanan hijau
Grabfood di Grab Driver Center, Jaya One, PJ.
7.
Tahniah, anda sudah boleh menjadi garab food
rider dan mula mendapat pendpatan.
Gaji Grab Food Rider
Berapakah gaji grab food rider? (Grab food rider salary
Malaysia )
Gaji adalah bergantung kepada bilangan penghantaran makanan
yang telah dibuat. Setiap job berharga antara rm7-rm15 bergantung kepada
beberapa perkara :
1.
Waktu pesanan di buat – waktu peak hours
tentulah lebih mahal
2.
Jarak antara restoran/kedai dengan pelanggan –
lagi jauh jarak, lagi banyak gajinya
3.
Ada insentif mingguan
4.
Contoh
pengiraan
Sehari 20 job katakana satu job purata
berharga rm7.
Jadi, rm20x7 = rm140 sehari!
Seminggu, rm140x7 = rm980
Sebulan, rm980x4 = rm3920 (gaji kasar,
belum tolak kos minyak dan makan)
Jadi, itulah puratanya gaji rider food panda.
Tak senang nak senang ya.
Cabaran Grab Food Rider
Selain mendapat gaji, grabfood rider juga ada beberapa
cabaran.
Cuaca – panas dan hujan tu biasa tetapi anda boleh on atau
off aplikasi grab food mengikuti kehendak anda. Anda harus ingat, gaji grab
food anda adalah bergantung kepada
bilangan kerja yang anda lakukan. Anda yang menentukan. Biasa time hujan
harga lebih mahal sebab ramai rider yang akan off app grabfood.
Kena sidai – apa maksudnya? Maksudnya, restoran ambil masa
lama untuk siapkan pesanan. Jadi anda kena sidai di restoran ( tunggu ) untuk
mengambil makanan kepada pelanggan. Rugi masa di situ. Setelah anda biasa, anda
boleh tahu restoran mana yang ambil masa lama untuk siapkan makanan.
Kulit hitam – sebab cuaca panas semasa naik motor setiap
hari. Jadi anda kena sediakan baju yang sesuai. Kami cadangkan anda pakai baju grabfood lengan panjang dan
sarung tangan yang sesuai. Kasut menjadi kemestian. Pakai seluar trek untuk
keselesaan anda. Sediakan juga baju hujan.
Maintenance motor – kena jaga sebab hari-hari bawa buat
kerja kan. Maintenance akan lebih tinggi dari sebelum jadi grab food rider. Ini
normal.
Perbezaan Grab Food Dan Food Panda
Apakah beza grabfood dan foodpanda ya?
Waktu kerja – rider foodpanda ada syif, grab food rider pula
adalah bebas tanpa syif ( boleh pilih untuk on atau off aplikasi grabfood
bila-bila sahaja)
Waktu gaji – foodpanda rider mingguan tetapi grabfood adalah
harian. Semua gaji akan di bank in kan untuk anda setelah anda meminta melalui
aplikasi masing-masing.
Kumpulan Support Grab Food Rider
Anda di jemput untuk menyertai kami di goup sokongan grab
food rider di facebook dan whatsapp melalui link di bawah:
Grab Food Rider Community Malaysia
Group whatsapp Grab Food
Banyak info pantas yang anda
boleh dapat, selain itu anda juga boleh berkongsi info dengan rider
lain, tukar-tukar pengalaman, tip dan panduan sebagai rider GrabFood.
Akhir kata dari kami…
Banyak cabarannya untuk bekerja sebagai grabfood rider ni,
Nampak macam senang sahaja kan. Tapi semua kerja pun ada cabaran masing-masing
untuk mendapatkan gaji termasuk jugalah grabfood rider ni.
Kami telah kongsikan cara untuk daftar grabfood rider. Anda
tentukan sendiri untuk masa depan anda dan keluarga. Nak buat part time ke full
time ke, semua boleh. Anda pelajar atau penganggur, sangat sesuai untuk buat
kerja sebagai grabfood rider ni.
Kami mendoakan kejayaan anda di dalam pekerjaan sebagai
grabfood rider. Selamat maju jaya. Jumpa kami di group facebook!
0 komen:
Catat Ulasan